SYARAT-SYARAT (T&C)

Asalamualaikum...

Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunakan khidmat saya sebagai designer anda.  Harap anda faham akan syarat-syarat yang ditetapkan oleh saya iaitu:-


1. Untuk serius buyer sahaja.

2. CCI akan mula mendesign jikalau pembayaran deposit sebanyak RM50.00 tengok pada design yang dilakukan. Sekiranya ada tambahan design seperti stiker, bunting dan sebagainya deposit tambahan sebanyak RM20 tuk setiap design. Deposit tidak akan dipulangkan.

3. Tempahan yang hendak cepat-cepat atau rushing-rushing tidak dialu-alukan kerana khidmat untuk buat sesuatu design mengambil masa dan hari.

4. Setiap tempahan mestilah mengikut turn. Bila tiba turn anda saya akan email atau PM anda apabila turn anda sudah sampai (jangan lupa sertakan email anda pada saya supaya proses email mengemail berjalan dengan lancar).

5. Setiap design yang tidak dituntut akan dijual pada sesiapa sahaja. Tempoh yang diberikan selama 1 bulan sahaja untuk membuat baki bayaran.

6. Perlu memberi info secara detail jika ingin Kartun Lukis, ini kerana saya tidak akan melukis kartun untuk kali kedua. Jika ingin saya lukis kartun lain cas harga yg sama akan dikenakan. 

7. Setiap design hanya akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja kecuali kartun.  Jika lebih dari 2 kali cas tambahan akan dikenakan pada kadar bayaran yang sepatutnya. Pertukaran untuk Font juga akan dikenakan cas. 

8. Bayaran secara penuh apabila kesemua design telah siap, jadi sediakan duit lebih.

9. Sebelum membuat tempahan untuk mendesign anda perlu memberi maklumat terperinci pada CCI agar tidak berlaku kekeliruan. Kalau boleh bagi contoh Design. Pada yang hendak menempah design pada CCI sila pastikan anda ada gambar contoh apa yg anda mahukan supaya CCI pun tidak pening kepala ini kerana setiap apa yang CCI designkan tidak semestinye 100% apa yang anda bayangkan, nama lagi lain org lain carakan. Jadi sebelum menggunakan perkhidmatan saya untuk mendesign anda ada contoh apa yang anda mahukan dan jangan harapkan 100% idea dari saya sahaja sebab design tersebut anda yang akan gunakan.

10. Harap anda adalah seorang yang penyabar, pada yang tidak sabar fikir banyak kali baru tempah hik..hiksss...


"Saya tidak akan berurusan dengan orang yang terlalu cerewet" ..harap maklum

Terima kasih,

syarat-syarat akan bertukar bila-bila masa sahaja.

Updated 29/11/2015

 

Copyright © 2013 Reserved to Ccicute Design (owner)
Design by Ccicute Design