14 Feb 2012

Apa itu Logo

salam semua...ok kali ni cci nak bercerita tentang Logo.. sbb mungkin ramai yg tak tahu ape itu LOGO kan.. ok...baca dan faham..

APA ITU LOGO?

Logo

Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di set dalam jenis taip khas (font), atau diatur dalam bentuk tertentudan boleh dikenali. Bentuk, warna, jenis taip dan sebagainya.

Pengenalan

Pada masa kini istilah logo telah digunakan bagi menggambarkan isyarat, emblem, coat of arms, simbol dan juga bendera. Logo adalah singkatan perkataan logogram iaitu gubah ringkasan sesuatu bentuk. Selain itu, logo sangat penting dalam mereka bentuk pembungkusan kerana ia melambangkan simbol atau pengenalansesebuah syarikat, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburan dalam kalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate dan orang ramai.

Sejauh mana sesuatu logo mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang dan boleh digunakan bagi mengenal pasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa, produk atau perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang paling berkesan adalah mendaftarkannya sebagai tanda dagang agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya atau mengganggu pemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan logo diestablished dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual (intellectual property) yang berharga.Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafik atau tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepat bagi pereka grafik dan ahli profesional pengiklanan. Sesuatu logo terdiri daripada samada nama dan lambang.Syarikat-syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk membina logo korporat mereka.

Jenama
Nike
merupakan lambang Slogan Jenama. Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogan sentiasa ada di dalam logo dan dalam bentuk grafik yang sama, ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada logo. Ia dianggap slogan jenama yang juga dipanggil claim, tagline atau endline dalam industri pengiklanan. Tujuan utamanya ialah menyokong identiti jenama bersama-sama logonya. Perbezaan antara slogan dengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa yang lama untuk membina imej jenama manakala slogan yang berbeza dikaitkan dengan sesuatu produk atau kempen pengiklanan.

Logo
McDonalds
dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imej jenama. Nama syarikat tidak perlu disertakan kerana lambang ini sangat dikenali ramai

Jenis-jenis Logo:-

Logo huruf (logo type)
contohnya, ACER, SONY, CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dan sebagainya.
Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satu perkataan. Huruf yang dipilih biasanya singkatan (initial).

Logo representasi (pictogram):-
Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling. Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu. Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.

Logo simbol Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa. Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.

5 dolly comey:

Azhafizah MN berkata...

logo menggambarkan suatu identiti dan logo itu sangat penting.terima kasih untuk share info yg lebih jelas (=

cci berkata...

@Azhafizah[フィザ] sesama fiza.. ^_^

Mr. Doctor berkata...

Wow.. Rajinnya CCI buat research..

KOGY YUSOF berkata...

Terima kasih, untuk ilmu pengetahuan yang baru untuk sy. Teruskan berdesign lagi, moga dapat ilham terbaik untuk dibuat barang dagangan.

KOGY YUSOF berkata...

Terima kasih untuk ilmu yg berguna. Teruskan berilham ya.

 

Copyright © 2013 Reserved to Ccicute Design (owner)
Design by Ccicute Design